Translate

Wednesday 11 July 2012

"Jodoh"

Mungkin keadaan ini pernah anda hadapi...

Suatu hari...hati sepi...hadapi kehidupan dengan tenang...
Tiba-tiba kita dapat kad jemputan perkahwinan dari seorang teman...
Reaksi pertama...senyum...rasa bersyukur kerana teman kita telah temui jodoh...
dalam sesaat hati tersentuh....senyum jadi hambar...kita nilai diri kita.."aku bila lagi ???"
Sungguh persoalan tu menduga diri kita...terkadang jemu dengan pertanyaan
mak..ayah...saudara...kawan2..
sungguh...kita pun nak macam orang lain jugak...hidup berteman..hidup bahagia...punyai keluarga.. :)

Wahai yg bernama perempuan,berSABARlah.....

Tiga perkara sudah di janjikan Allah S.W.T yg tertulis di Loh Mahfuz atas semua umat manusia..rezeki, jodoh dan ajal... Perjanjian ini tidak sedetik pun lewat apabila tiba masanya..apa yg boleh kita lakukan..hanya doa sebagai pena untuk mencoret kepada kisah pengakhir janji Tuhan..tiadalah daya kita mempersoalkan apa yg telah di aturkan oleh-Nya yg Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu...

Kita di datangkan dengan selemah-lemah kejadian dengan seberat-berat tanggungan.. Namun, Islam agama yg memudahkan..

"Dia Maha Mendengar dan Dia lebih tahu apa yg kita perlu daripada apa yg kita mahu.. Biar sedalam mana pun luka yg tertoreh, berdoalah kerana Allah memahami hati hamba-Nya.."

-Salam Kebahagiaan Sahabat, Giliran Kita Pasti Akan Tiba Jua.. Insya-Allah-

Wallahualam...

An-Nisa' - Yakni Seorang Perempuan


Siapa kata jadi perempuan tu SENANG?

Nak kena tutup sana, tutup sini

Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising

Perempuan, stoking pon kena pakai

Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari

Komfem x tahan bertutup semua

Tapi, perempuan cool jek

Tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan?

Siapa kata jadi perempuan tu senang?

Tiap2 bulan, mesti ada penyakit

Nak pergi kelas pon susah

Kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sbb sakit

Cuba tengok budak lelaki , selamber jek

Kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit

Tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive jek

Tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit

Hebat kan perempuan?

Siapa kata jadi perempuan tu senang?

Hati ni Allah jadikan lembut betul

Cepat jek sensitif

Cuba tengok orang putus cinta

Selalu perempuan yg paling susah nak lupa

Lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru

Cuba pergi wayang tengok cerita hindustan

Siapa yg paling teruk menangis?

Perempuan kan?lelaki boleh gelak2 lagi

Lembut tak lembut hati perempuan

Tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki

Hebat tak perempuan?

Disebabkan susahnya nak jadik perempuan ni lah, ramai perempuan yg merajuk Dengan Allah

Diorang cakap, Allah x adil

Kenapa Allah lebihkan lelaki?

Kenapa perempuan kena dengar cakap suami?

Kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami?

Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah

Bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, x susah macam nak jaga sorang anak perempuan

Dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yg bebel

Diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki x payah tutup pon'

Diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki

Diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati

Kesian kan kat diorang?

Disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang

Diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil

Persoalannya sekarang

Betul ke Allah x adil dengan perempuan?

Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

Tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa Kalau bukan kaki ibunya?

Betul, isteri kena ikut cakap suami

Tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya

X adil lagikah Allah pada perempuan?

Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan

Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya

Kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri

Cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu

Tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki

Bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu

MashaAllah, hebatnya perempuan kan?

Kenapa perempuan hebat? sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat

Cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio

Banyak lagu pasal perempuan kan?

Contohnya macam lagu SUMAIYYAH,

Jarang kita dengar lagu pasal lelaki

Sayang x sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam Tu sekali dekat dunia

Tengok pula, bila seorang lelaki berjaya...

Orang akan cakap:

'Disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'

Kita x pernah dengar orang cakap:

'Disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'

Kan? Hebat x Allah jadikan perempuan tu?

Masih x adil lagikah Allah dekat perempuan?

Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan

Sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni

Perempuan senang nak masuk syurga

Tengok hadis ni:

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."

(Hadis Riwayat Ahmad)

X adil lagikah Allah dekat perempuan?

Oh perempuan, sedarlah

Betapa sayangnya Allah dekat kita

Betapa cintanya Allah dekat kita

Tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran2 negatif yg x berasas dekat Allah?

Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia

Bayang, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan

Dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah

Kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan?

♥ Sekadar perkongsian bersama =)

~ Wahai kaum adam.. Hargailah wanita yg sentiasa berada disisimu.. Bimbinglah dia, Kalau silap langkahnya, Adam pun turut dapat nama di akhirat kelak.. Adam tegur Hawa dengan cara yang baik dan kena dengan caranya.. Didiklah dia menjadi wanita solehah krn dia adalah dari tulang rusukmu.. Lindungi dia dari fitnah dunia.~

Bukankah Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam untuk disayangi dan dilindungi..

˙·٠•● ❤˙·٠•●❤˙·٠•●❤˙·٠•●❤ ˙·٠•●❤˙·٠•●❤˙·٠•●❤˙·٠•●❤

Tuesday 10 July 2012

"Di Bumi Asing - Manchester (18 Dec 2011)"

Ahad (18 Dec 2011) Part 1

Bismillahirrahmannirrahim. . . .

Segala puji bagi Allah S.W.T saya selamat menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Manchesterbersama Khatijah Buang atau Mak Cik Jah (x lupa jugak luggage yg besar :D).. Walaupun penerbangan selama lebih kurang 13 jam termasuk transit di Abu Dhabi Airport x menyelesakan, tambahan pula saya memang x suka naik flight (sebab sakit telinga berdengung) kami tiba dengan selamat jua - Alhamdulillah.. Kami sampai lebih kurang pukul 5.45 pagi waktu Manchester.. X tergambar perasaan waktu tuh, sedih ade, gembira, teruja.. Memang sedih laa terpaksa berjauhan dari family n camne nak sesuaikan diri di tempat orang tanpa ibu, ayah, adik, makna, wan atok n yg lain kat Msia.. Pe pun, terpaksa kuatkan semangat.. Phewwww ~ pukul 6 lebih Pak Lang atau Dr.Bad dgn Mak Lang sampai jemput kami.. Teruja pulak sebab saya sampai musim sejuk atau WINTER.. Masa keluar pintu utama ke carpark, sayu jea rasa tengok snow drop di tambah dengan kesejukan.. Terasa baru sekejap family n member2 melambai mengiringi langkah pergi..